pixeled-paper-designs-digital-scrapbooking-blogging-freebies

Thursday, 23 June 2016

Review face foundation #1 part 1

assalammualaikum,,

Hai, oleh sebab terlebih rajin harini, rasa nak buat review face foundation yang i memang recommended sebab best dan berbaloi dan suka dan dan dan sebagainya,haha 

Okay, before tu, rasanya adalah lebih baik dan lebih bagus kalau kite tahu sedikit tentang apakah itu face foundation dan jenis-jenisnya.

Apakah itu foundation muka?
Foundation muka adalah salah satu product cosmetics yang boleh didapati dalam bentuk cecair/cream/mousse/stick/powder/sebagainya yang digunakan sebagai alas pada wajah sebelum mengaplikasikan bedak ke wajah.

Jenis-jenis foundation yang terdapat dipasaran ;
Okay, ini adalah yang asas dan selalunya memang mudah didapati di drugstore mahupun booth/butik jenama makeup yang terdapat di Malaysia



1. Liquid Foundation:



Liquid atau dalam bahasa Melayunya kita panggil cecair adalah salah satu jenis foundation yang mudah untuk didapati di Malaysia ni. Jenis ini memang mudah sangat-sangat untuk kite aplikasikan di wajah dan kerana itulah ia merupakan jenis foundation yang memang popular dan menjadi pilihan pengguna setianya J



 2. Cream Foundation:


Cream foundations ni selalunya bahan asas dia mengandungi minyak, sedikit likat dan tecturenya kelihatan berkrim. Kita boleh jumpa jenis ni samada dalam bentuk stick, cimpact ataupun tube. Oleh sebab  texturenya pekat/likat/tebal maka coverage foundation ni pun selalunya tidak mengecewakan. Kalau pandai pilih jenama memang tak perlu guna concelar dah untuk tutup parut-parut2 yang ada kat muka tu. Ala-ala neutral gittuw dah peloles, auchhh. Dan foundation jenis ni memang recommended sangat-sangat untuk kulit yang ada bekas-bekas yang tidak diingin. Sebab selalunya dia medium-full coverage. Tapi harus diingat, jangan biarkan terlalu lama atau terlalu kerap, takut-takut nanti memudaratkan lagi kulit yang tengah sensitive tu tau J



3. Cake or Stick foundation:

Selalunya kita boleh jumpa dalam bentuk solid/keras. Foundation jenis ni sangat lah cepat kering dan dapat memberikan hasil “matt finish” pada wajah. So, wajah-wajah yang “blemish” dan berbekas-bekas tu memang sangat- sangat recommended. Selalunya foundation jenis ini sangat tahan lama, dan “berat” untuk digunakan sebagai kegunaan harian. Makanya, untuk “event” tertentu sahaja yang di recommended kan ye 

4.  Powder Foundation:


Atau boleh didapati/dikenali dalam bentuk “loose powder” atau “pressed powder”. selalunya sangat kering sebab tidak memberikan kelembapan pada kulit. Selalunya digunakan untuk menampakkan hasil yang neutral/tidak berat dan untuk mengawal minyak pada wajah. Dan ianya juga sering digunakan sebagai untuk “fix” kan makeup tu J

5. Loose Powder foundation:



Selalunya digunakan sebagai finishing. Sangat-sangat mudah untuk digunakan hanya dengan menggunakan berus. Sangat di recommended kan utk kulit wajah yang berminyak

 6.
 Pressed powder foundation:

Jenis ini adalah sangat2 mudah untuk digunakan. Selalunya dalam bentuk “compact powder” dan kita hanya menggunakan span yang kering atau kita boleh basahkan untuk kesan yang lebih baik. Selalunya dia akan tulis “two-way-cake”. Memang sangat mudah bagi orang yang nak cepat/malas/newbie.hee

   7. Waterproof foundation:

Ha, yang ni memang sesuai benor untuk cuaca kat Malaysia ni. Cuaca panas/ hujan gittuw. Orang kata tak cair. Bukan tak cair, maybe lambat cair la kot.

    8. Mineral Foundation:


Merupakan produk yang neutral dan selamat untuk semua jenis kulit. selalunya hanya menggunakan berus je sebab selalunya jenis ini adalah dalam bentuk powder. sangat recommended untuk kulit yang berminyak dan sensitive J
.
     9. Spray Foundation:


Mudah digunakan kalau dah selalu guna. Dan selalunya dia tahan lama.

      10. Tinted Moisturizer:


Gabungan antara “moisturizer” dan “foundation”. Sangat sesuai untuk kulit yang kering sebab dia ade pelembab sekali.

        11. Mousse / Whipped Foundation:

Tak tahu nak describe macamana, tapi dia boleh dikatakan gabungan antara liquid+cream. Boleh didapati dalam bekas mahupun spray ;)






                                                                                                           continue part2

No comments: